Photobucket

Budaya Melayu

Dan semua tentangnya.

Maklumat peribadi

huda

Saya bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Cedar dan akan menjelang 14 tahun. Saya berharap anda dapat memetik ilmu daripada blog yang saya telah mereka ini:D

Komen

Yang lalu


Kredit

hopmad, banner, icons

.

Wednesday, July 14, 2010

CATATAN KETIGA

Seni persembahan budaya Melayu wujud dalam bentuk tarian, muzik dan teater tradisional. Dalam catatan ini, saya akan fokus kepada topik:
SENI PERSEMBAHAN (TARIAN MELAYU ASLI)



Video yang terletak di atas menunjukkan penari Melayu asli di sekolah saya menari semasa festival seni yang diadakan di auditorium sekolah saya beberapa bulan lalu.

Tarian asli Melayu dicipta berdasarkan lagu-lagu tradisional Melayu mengikut iramanya. Contoh-contoh lagu tradisional Melayu yang digunakan untuk mencipta tarian asli adalah Dondang Sayang, Sapu Tangan dan Asli Abadi. Sebenarnya, tarian asli Melayu mendapat pengaruhnya dari pelbagai daerah di dunia seperti Portugis, Spanyol, India dan sebagainya.

Saya pernah menjadi ahli kelab tarian tradisional Melayu di sekolah saya. Pada pendapat saya, melatih untuk menguasai tarian asli itu tidak senang dan amat meletihkan. Saya juga mendapati susah untuk menari dengan betul kerana untuk menari tarian asli, seseorang itu harus menari dengan lembut. Ini kerana rentak tarian asli merupakan rentak yang lembut seakan-akan seseorang itu mahu mengungkapkan perasaan hatinya yang mungkin patah hati. Justeru, boleh dikatakan bahawa tarian asli Melayu tidak sesuai untuk kesemua orang, terutama sekali untuk orang-orang yang sukar bertindak kasar.

Walaubagaimanapun, saya menggalakkan para remaja untuk cuba melibatkan diri dalam tarian asli Melayu. Walaupun latihan tarian itu memenatkan dan mengambil banyak masa, menari itu amat menyeronokkan, terutama sekali jika penari itu menari bersama kawan-kawannya. Tetapi, tujuan utama saya menggalakkan para remaja menari tarian asli Melayu adalah kerana menari itu juga membawa kesan-kesan positif kepada kesihatan kami.

Contohnya:

1) Keluwesan
Keluwesan itu sebenarnya sihat untuk badan kami. Penari harus berusaha untuk mencapai gerakan yang penuh untuk otot-otot yang tertentu. Dengan pergerakan yang lebih, otot kami dapat melentur dan melanjut lebih.

2) Kekuatan
Menari dapat menguatkan badan kami dengan memaksa otot kami untuk menahan terhadap berat badan kami sendiri.

3) Stamina
Tarian itu adalah sesuatu senaman yang dapat menguatkan stamina kami. Apabila menari, otot kami akan berlatih untuk bertugas untuk masa yang panjang tanpa berasa letih. Dengan menari, denyutan jantung kami akan meningkat dan stamina kami akan akhirnya menjadi kuat.



Gambar ini diambil oleh kawan-kawan saya, Nur Qistina dan Tan Min Er, semasa di Muar. Saya dan rakan-rakan ditemani guru ke Muar untuk program pertukaran bersama Sekolah Tun Fatimah. Di sana, kami ke rumah penghulu kampung itu dan kami berpeluang untuk belajar tarian cara Melayu.