Photobucket

Budaya Melayu

Dan semua tentangnya.

Maklumat peribadi

huda

Saya bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Cedar dan akan menjelang 14 tahun. Saya berharap anda dapat memetik ilmu daripada blog yang saya telah mereka ini:D

Komen

Yang lalu


Kredit

hopmad, banner, icons

.

Tuesday, July 27, 2010

CATATAN KESEMBILAN

Setiap tahun, kami meraikan Hari Raya Puasa/Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan berpuasa berturut-turut. Saya berpendapat bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri lebih kepada tuntutan agama, bukan budaya.

Ambillah meminta maaf sebagai contoh. Pada pagi Hari Raya, kami mencium tangan ibubapa kami dan saling memohon maaf. Itulah kelaziman orang Melayu pada Hari Raya. Tetapi, dalam konteks Islam, bukankah kami patut berbuat sedemikian setiap kali kami membuat kesalahan kepada seseorang?

Namun, disebabkan faktor bahawa kebanyakan orang yang berbangsa Melayu juga beragama Islam, sambutan Hari Raya Puasa pula menjadi sesuatu amalan dalam budaya Melayu.

Topik untuk catatan hari ini adalah:
HARI RAYA AIDILFITRI



Sama bukan, situasi ini dengan apa yang kami lalui sebagai kanak-kanak kecil dahulu setiap tahun sambutan Hari Raya Aidilfitri diadakan? :)

Terdapat lebih banyak perkara yang dapat kami menikmati pada Hari Raya Aidilfitri selain daripada menerima wang. Marilah kami sama-sama belajar lebih tentang Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang dalam beberapa bulan ini.

Dalam sebuah negara yang mempunyai ramai orang Melayu seperti Singapura, persiapan hari raya dapat dilihat sekitar sebulan sebelum hari sambutannya. Geylang Serai, tempat hangat yang sering dikunjungi para kanak-kanak, belia dan dewasa selalu dalam keadaan riuh-rendah pada bulan Ramadan. Gerai-gerai akan disediakan untuk menjual barang-barang perayaan seperti permaidani, baju-baju tradisional, beg-beg, makanan dan CD muzik Melayu. Pada waktu malam, Geylang Serai terang dengan lampu kelap-kelipnya. Bermacam-macam makanan juga dijual di gerai-gerai yang terdapat di sana, termasuk kueh, otak-otak, kek, roti, kari, mee serta kari puff. Ramai orang Islam yang ke sana untuk membeli makanan untuk dimakan semasa waktu buka, yang pada lazimnya diadakan sekitar pukul 7:15 malam.

Pada hari raya, orang Melayu mengunjungi rumah saudara-mara dan rakan-rakan sekalian untuk meraikan hari yang sungguh meriah ini. Pada pendapat saya, amalan ini ialah sesuatu yang baik kerana dengan mengunjungi rumah saudara-mara serta rakan-rakan kami, kami dapat mengeratkan hubung silaturrahim di antara satu same lain. Kanak-kanak kecil menerima sampul wang. Jumlah wang yang terdapat di dalam itu bergantung kepada kemampuan pemberi itu. Sampul wang tersebut selalunya berwarna hijau dan kanak-kanak suka menerimanya. Secara keseluruhan, Hari Raya Puasa adalah sambutan yang amat menggembirakan untuk orang Melayu:D

Saya mempunyai sarananan bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri boleh diadakan bersama rakan-rakan kami yang berlainan bangsa untuk mempupuk sikap keharmonian kaum di dalam masyarakat ini. Kami boleh bermula dengan perkara-perkara kecil seperti membawa kawan-kawan kami apabila mengunjung ke rumah saudara-mara atau rakan-rakan yang lain. Dengan ini, budaya dan tradisi Melayu juga tidak akan hapus.