Sunday, July 25, 2010
CATATAN KETUJUHMAKANAN ORANG MELAYU
Apakah makanan kegemaran anda? Otak-otak? Tahukah anda tentang sejarahnya dan cara ia dibuat? Berilah saya peluang untuk memberitahu anda:)
Tetapi, sebelum itu, tahukah anda tentang makanan tradisional Melayu? Cubalah kuis yang dapat mencabar minda anda ini.

(Kuis ini direka oleh Nurulhuda dan tidak diciplak dari mana-mana sumber)
Adakah anda dapat menjawab kesemua jawapan kuis itu dengan tepat? Jika tidak, bacalah lebih tentang pelbagai makanan tradisional Melayu di bawah ini.

Otak-otak adalah sejenis makanan Melayu tradisional yang popular di perkampungan nelayan. Otak-otak sering dimakan sebagai makanan ringan.
Lazimnya, otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut dan dibungkus dengan daun kelapa tetapi kini, ia boleh dibungkus dengan kulit popia atau 'spring roll'. Setelah dibungkus, ia harus dibakar di atas dapur arang.
Saya pernah membuat otak-otak semasa praktikal memasak yang diadakan di sekolah beberapa bulan yang lalu. Saya sedar bahawa otak-otak senang dibuat tetapi tidak sebarang bahan yang harus dimasukkan pun boleh dikecualikan. Jika tidak, otak-otak itu tidak akan rasa enak lagi kerana ia akan menjadi terlalu masin atau tawar.

Gambar yang terdapat di atas menggambarkan beberapa lidi satay.
Satay dibuat daripada kepingan daging yang kemudian dicucuk pada lidi kelapa. Antara jenis-jenis satay yang wujud pada hari ini adalah satay arnab, satay ikan dan satay ayam. Satay biasanya dimakan dengan nasi dan tidak dimakan semata-mata. Satay selalunya dihidangkan dengan kuahnya yang disediakan daripada kacang yang telah ditumbuk halus dan digaul dengan herba-herba untuk menghasilkan bau yang wangi serta menyelerakan.
Saya juga pernah membuat satay semasa kelas masak di sekolah. Walaubagaimanapun, satay yang telah saya cuba untuk memasak ternyata tidak seperti yang diharapkan kerana dagingnya mentah disebabkan kekurangan masa untuk memanggangnya. Tahun ini, modul untuk kelas masak sekolah saya adalah makanan kebudayaan di Singapura dan sebab itulah saya dapat berkongsi pengetahuan saya tentang cara membuat otak-otak dan satay serta pengalaman saya semasa membuatnya.
Pada pendapat saya, para remaja Melayu harus cuba makan makanan tradisional Melayu sekali-sekala dan tidak hanya makan makanan segera seperti MacDonalds dan KFC. Mungkin untuk segelintir orang, makanan tradisional Melayu tidak seenak makanan segera. Namun, makanan-makanan ini adalah sebahagian daripada budaya kami. Justeru, jika kami tidak makan makanan-makanan ini, siapa lagilah yang akan makan dan menghargai makanan tradisional Melayu?