Tuesday, July 13, 2010
CATATAN KEDUA
Catatan ini akan membincangkan topik:
MENGAPA REMAJA LEBIH SUKA BERMAIN ALAT MUZIK MODEN DARIPADA YANG ASLI?
Sebab kekurangan pengetahuan tentang perbezaaan alat muzik moden seperti drum dengan alat muzik asli melayu seperti kompang, saya telah mengambil langkah untuk menemurama seorang kawan rapat yang juga seorang pemain drum yang berbakat.
Pada pendapatnya, alat muzik drum itu dapat mengeluarkan lebih jenis bunyi daripada kompang. Ini disebabkan drum mempunyai gembrengan dan nada drum dapat ditukar dengan senang, tidak seperti kompang. Kompang tidak mempunyai gembrengan seperti drum dan untuk menukar nada atau irama yang dihasilkan kompang itu, seseorang itu harus tahu di mana untuk menghentak kompang itu manakala untuk menukar nada drum, seseorang itu hanya perlu mengimprovisasikan set drumnya.
Pada pendapat saya pula, para remaja lebih suka bermain drum daripada kompang kerana drum dilihat sebagai alat muzik yang jauh lebih hangat jika dibandingkan dengan kompang. Tambahan pula, drum lebih popular di kalangan remaja kerana drum tidak hanya dimain oleh remaja Melayu, tetapi juga dimain oleh remaja yang berbangsa lain. Namun, kompang seringnya hanya dimain oleh orang Melayu dan justeru, para remaja takut dan tidak selesa ketika memikirkan tentang padangan remaja berbangsa Cina, misalnya, tentang mereka jika mereka bermain kompang.