Photobucket

Budaya Melayu

Dan semua tentangnya.

Maklumat peribadi

huda

Saya bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Cedar dan akan menjelang 14 tahun. Saya berharap anda dapat memetik ilmu daripada blog yang saya telah mereka ini:D

Komen

Yang lalu


Kredit

hopmad, banner, icons

.

Saturday, July 24, 2010

CATATAN KEENAM

Saya pasti kebanyakan remaja tahu bermain sepak takraw. Tahukah anda bahawa sepak takraw itu adalah sebuah permainan tradisional Melayu?

Catatan hari ini adalah tentang:
PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

Dalam catatan ini, saya akan membincangkan cara permainan-permainan tradisional Melayu dimain dan juga pengalaman saya bermain gasing di Muar.

Saya ke Muar dalam bulan Mac bersama rakan-rakan serta guru saya, seperti yang telah disebutkan dalam beberapa catatan yang lalu. Semasa di rumah ketua kampung itu, kami diajar cara bermain gasing dan bahagian-bahagian gasing.



Inilah gambar-gambar yang kawan saya, Tan Min Er, dapat mengambil sepanjang lawatan kami ke sana.

Terdapat bermacam-macam gasing. Di antaranya termasuk gasing jantung, gasing piring, gasing telur dan lain-lain lagi. Gasing dapat dimain dengan dua cara iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri.

Gasing pangkah dimainkan dengan melemparkan gasing tersebut supaya ia dapat mengetuk gasing lawanannya. Gasing uri pula dimainkan untuk menguji ketahanan gasing itu berpusing.

Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan dan tali yang melilit jambulnya direnggut.

Seronok sungguh bermain gasing! Walaubagaimanapun, banyak latihan diperlukan untuk menguasai permainan gasing. Saya menggalakkan anda untuk cuba bermain gasing sendiri dan buktikan kepada diri anda bahawa bermain gasing itu amat menyeronokkan:D



Di Muar juga, kami mengembangkan pengetahuan kami tentang permainan tradisional Melayu; Wau. Walaupun kami tidak dibenarkan untuk menerbangkan wau tersebut, kami dapat mengambil gambar bermacam-macam wau dan tahu lebih tentangnya.

Wau dicipta dalam pelbagai jenis dan bentuk. Contoh-contoh wau adalah wau bulan, wau burung dan wau pari. Corak yang terdapat pada wau bermotif untuk menghiasinya. Selain dijadikan alat permainanan, wau juga digunakan sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Wau biasanya dimainkan oleh dua orang. Seseorang daripada mereka harus memegang wau dan seorang lagi harus memegang tali. Apabila angin bertiup, tali tersebut akan ditarik melawan arus angin. Wau itu akan dapat melayang dan anda akan dapat menikmati keindahannya terutama sekali jika wau itu disertai kilauan cahaya matahari.

Wau sesuai untuk dimain kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga warga emas. Wau tentu akan menarik hati anda. Jadi, cubalah bermain wau bersama keluarga atau rakan-rakan anda:D



Ikutilah video ini jika anda ingin tahu cara bermain congkak.
Maaf, video ini dirakamkan dalam Bahasa Inggeris dan tidak mempunyai sarikata Bahasa Melayu.