Photobucket

Budaya Melayu

Dan semua tentangnya.

Maklumat peribadi

huda

Saya bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Cedar dan akan menjelang 14 tahun. Saya berharap anda dapat memetik ilmu daripada blog yang saya telah mereka ini:D

Komen

Yang lalu


Kredit

hopmad, banner, icons

.

Wednesday, July 28, 2010

CATATAN KESEPULUH

Catatan hari ini ialah tentang:
KRAFTANGAN BUDAYA MELAYU




Tembikar ialah sebuah kraftangan yang diperbuat daripada tanah liat. Kraftangan ini telah digunakan sejak zaham ulu untuk tujuan keperluan harian seperti mengisi air, kematian; untuk pengebumian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyrakat peribumi di Sarawak.

Pada masa dahulu, tembikar digunakan oleh masyarakat Zaman Batu Pertengahan sekitar 11 000 tahun yang lalu untuk keperluan seharian mereka. Alat tembikar juga menjadi cenderamata pengebumian untuk upacara pengebumian Neolitik. Satu pinggan biru dan putih diletak di bawah kepalanya, sementara pinggan seramik diletakkan di bawah kedua-dua tangan dan kakinya. Itulah kegunaan tembikar dalam kematian dan keagamaan.

Kini, tembikar digunakan sebagai hiasan dalaman seperti di rumah dan tempat kerja, seperti yang ditunjukkan di gambar pertama yang terletak di atas. Di rumah saya, terdapat sebuah tembikar yang amat saya gemari. Tembikar itu dibeli di Sarawak oleh bapa saya semasa perlancongan bisnesnya. Tembikar itu mempunyai corak yang amat menarik. Saya rasa bahawa corak itu mempunyai makna yang tersembunyai kerana terdapat beberapa huruf yang sukar dicam. Mungkin makna itu hanya diketahui oleh pembuatnya.

Alat tembikar sesuai untuk diletakkan di rumah sebagai hiasan kerana tidak mengambil banyak tempat. Lagipun, bukankah alat tembikar itu sebahagian daripada kebudayaan kami? Justeru, kami patut bangga kerana mempunyai budaya Melayu yang indah dan menghiasi rumah-rumah kami dengan kraftangan Melayu.