Photobucket

Budaya Melayu

Dan semua tentangnya.

Maklumat peribadi

huda

Saya bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Cedar dan akan menjelang 14 tahun. Saya berharap anda dapat memetik ilmu daripada blog yang saya telah mereka ini:D

Komen

Yang lalu


Kredit

hopmad, banner, icons

.

Saturday, July 17, 2010

CATATAN KELIMA

Catatan hari ini mengenai:
BUSANA MELAYU

Busana Melayu mempunyai maksuk fesyen atau stail Melayu. Busana Melayu adalah produk-produk masyarakat Melayu yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Busana Melayu bertukar dan berkembang dengan setiap generasi. Disebabkan akulturasi, nama-nama busana seperti baju kurung cekak musang, baju kurung teluk belanga dan baju kebaya panjang dihasilkan. Busana Melayu dapat dibahagikan kepada tiga kategori iatitu busana raja/busana pengantin, busana adat dan busana sehari-sehari.

BUSANA PENGANTIN


Pakaian pengantin kini dibuat mengikut pakain busana diraja yang wujud pada zaman kesultanan Melayu.

Pakaian untuk pengantin lelaki termasuk baju kurung, kain sarung atau songket, tutup kepala atau songkok, sepatu dan hiasan-hiasan lain.

Bagi pengantin perempuan pula, tusuk sanggul yang diperbuat daripada tembaga sering dipasang di kepala pengantin perempuan untuk menghiasi rambutnya. Terdapat juga pengantin perempuan yang lebih suka memakai selendang daripada memakai tusuk sanggul. Untuk bahagian tengah pula, baju yang berlengan panjang dikenakan. Baju ini lazimnya diperbuat daripada benang sutera.

Setiap kali saya ke majlis perkahwinan, saya dapati bahawa busana pengantin dipraktikkan dengan baik sekali. Tidak pernah saya ke majlis perkahwinan dan ternampak pasangan pengantin yang berpakaian seharian seperti seluar jeans dan baju-baju seharian yang dipakai ramai apabila ke pusat membeli-belah. Justeru, boleh dikatakan bahawa tradisi busana pengantin tidak mempunyai masalah untuk diamalkan.

Khabar tentang busana pengantin juga dipamerkan dan disebarkan melalui program televisyen. Saya tidak ingat akan tajuk program tersebut, tetapi saya pernah menonton program televisyen di mana mereka menunjukkan persiapan pasangan yang ingin berkahwin. Ditunjukkan juga busana pengantin yang hangat untuk kaum Adam dan Hawa.

BUSANA ADAT


Busana adat Melayu boleh dilihat dari sudut zaman klasik dan zaman moden. Pada zaman klasik, pakaian tradisional Melayu seperti baju kebaya dan baju kurung selalunya dipakai semasa majlis ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula, baju kurung dan kebaya hanya dipakai semasa hari perkahwinan serta untuk acara-acara kebudayaan seperti hari keharmonian kaum.

Pada zaman klasik, manik-manik kaca digunakan untuk menghiasi pakaian tradisional lelaki dan perempuan tetapi pada zaman moden kini, manik-manik kaca digantikan dengan manik-manik plastik dan bahan moden.

Di Singapura, busana adat terutamanya digunakan untuk meraikan Hari Raya setiap tahun. Pada bulan puasa, kami dapat melihat ramai orang yang berbelanja di Geylang dan membeli pakaian tradisional Melayu untuk Hari Raya Puasa.

Di Sabah, kaumnya suka memilih warna hitam untuk pakaian tradisional mereka kerana penggunaan warna hitam itu asalnya daripada kepercayaan orang Sabah bahawa warna hitam melambangkan kekuasaan.

Dengan secara peribadi, saya hanya mengikuti busana adat semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika saya berkunjung ke rumah saudara-mara saya bersama ahli keluarga. Namun, saya dapat lihat bahawa pada Hari Keharmonian Kaum, orang-orang yang memakai baju kurung atau kebaya bukan hanyalah terhad kepada yang berbangsa Melayu. Meskipun yang berbangsa Cina dan India juga bergembira memakai pakaian tradisional Melayu. Menarik sungguh, ya!

BUSANA SEHARI-SEHARI


Untuk kanak-kanak kecil atau bayi, taplak karet dipakaikan supaya air kencing tidak menembus pada kain alas. Kain lampin juga menjadi sesuatu kelengkapan untuk seorang bayi supaya si bayi tidak kedinginan di atas alas karet.

Untuk wanita dewasa atau kanak-kanak pula, sehelai selendang menjadi sesuatu kemestian untuk menutup rambut dan kepala. Wanita juga boleh memakai baju kurung singkat di rumah atau jika mereka ke kedai.

Walaupun busana seharian-seharian Melayu digalakkan untuk diikuti, busana ini tidaklah wajib. Wanita-wanita di rumah saya tidak memakai baju kurung singkat di rumah. Kami hanya memakai seluar dan baju biasa.

Untuk lelaki, sandal, capal atau kasut ialah kelengkapan untuk pengalas kaki atau telapak kaki. Lelaki tidak harus memakai kain samping bersama baju kurung mereka untuk pakaian seharian-seharian.