Monday, July 26, 2010
CATATAN KELAPANCatatan hari ini adalah tentang:
BATIK


Amalena dan lukisan batiknya

Itulah gambar saya yang diambil semasa melukis batik
Tahun lalu, sekolah saya telah mengadakan darmawisata ke Taman Warisan Melayu yang terletak di Arab Street, Bugis. Di sana, kami telah mempelajari dan mengembangkan ilmu kami tentang budaya Melayu.
Sewaktu kami belajar tentang kain batik dan lukisan batik Melayu, fasilitator kami telah membawa kami ke kios batik di mana saya dan teman-teman saya dapat melukis batik kami sendiri untuk dibawa pulang dan dijadikan hiasan dinding.
Inilah yang telah saya membawa pulang daripada darmawisata tersebut:
Batik Melayu mempunyai corak tersendiri yang unik. Corak-corak ini mengambil tema kehidupan seharian kami seperti bunga-bunga, binatang dan manusia. Walaubagaimanapun, batik Melayu hanya mengambil tema bunga-bunga kerana agama Islam tidak membenarkan binatang untuk digunakan sebagai dekorasi. Warna-warna yang digunakan untuk batik lazimnya terang dan warna-warna ini mengambil pengaruh daripada budaya Java, Arab, Cina dan Belanda.
Batik dibawa ke Singapura melalui pendatang Indonesia pada abad ke-19. Para pramugari di Singapura menggunakan batik sebagai seragam mereka. Batik Malaysia boleh ditemui di tempat-tempat seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala batik di Johor menunjukkan dengan jelas pengaruh budaya Java dan Sumatra kepada kain batiknya.
Walaupun batik mengambil tempat kecil dalam budaya Melayu, batik tidak hanya digunakan oleh orang Melayu. Batik juga banyak digunakan di negara-negara seperti negara Cina, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Brunei.
