Thursday, July 29, 2010
CATATAN KESEBELASSaya telah berseronok menaip catatan dalam blog ini. Malah, masa amat terhad untuk saya bercatat setiap hari. Justeru, catatan kesepuluh saya telah menjadi catatan informasi yang terakhir untuk peraduan blogging ini.
Saya telah membincangkan banyak tentang budaya Melayu. Di antaranya termasuk catatan mengenai busana Melayu, seni persembahan Melayu, alat muzik Melayu, dan lain-lain lagi. Catatan-catatan tersebut mengandungi buah fikiran, pendapat, komentar dan saranan saya. Terima kasih kerana sudi membaca catatan-catatan saya dan saya amat berharap bahawa para remaja dan pengunjung lain telah dapat menikmati catatan saya tentang budaya Melayu yang terakhir untuk blog ini sebelum ia diuji.
Meskipun saya hanya mempunyai sepuluh catatan yang mengandungi informasi yang bermanfaat untuk peraduan ini, saya berharap bahawa kandungan catatan saya mencukupi dan sedikit sebanyak dapat membantu kesemua orang yang mengunjungi blog ini untuk mencapai ilmu tentang budaya Melayu yang harus dikekalkan. Namun, saya akan cuba sedaya upaya untuk terus mengepos catatan di blog ini pada masa lapang saya. Pamparkanlah sokongan anda dengan menaipkan komen anda di kotak yang disediakan khas untuk komen-komen yang terletak di bahagian atas blog ini:)
Untuk kemudahan semua, harap merujuk ruang yang bertajuk 'yang lalu' yang terdapat di bahagian atas blog ini, dan picit archives. Ruang 'archives' itu akan diluaskan. Selepas itu, picit 'July 2010'. Ikutilah arahan-arahan ini untuk membaca catatan-catatan saya dari yang kesatu hingga kesebelas.
Terima kasih dan sekian lama,
Huda :)
Khamis, 29 Julai 2010